4 Tip Kewangan Sebelum Bina Perkahwinan.

GABUNGAN KEWANGAN

Sesetengah pasangan memilih untuk membuka akaun bersama selepas berkahwin, tetapi ramai juga yang memilih untuk menyimpan duit secara berasingan. Oleh kerana anda berdua bakal disatukan, kebanyakan perbelanjaan isi rumah akan dikongsi bersama, seperti pembayaran bil, keperluan harian, ansuran/sewa rumah, ansuran kereta, perlindungan insurans/takaful dan pelbagai lagi.

Membuka akaun bersama dapat memberi manfaat dalam jangka masa panjang. Walaupun, perkongsian akaun bank bersama memudahkan pengurusan wang, tetapi beberapa pasangan mungkin merasakan mereka hilang kebebasan dalam mengawal kewangan mereka, terutamanya pada peringkat awal perkahwinan. Mereka mungkin berasa terikat untuk melakukan perkara/hobi yang biasa dilakukan.

Membuka akaun bersama juga lebih berisiko jika pasangan memutuskan untuk bercerai dan proses pengagihan wang dalam akaun bersama akan menjadi lebih rumit.

Tidak kira apa juga keputusan yang dibuat, anda berdua seharusnya sebulat suara dalam membuat perancangan perbelanjaan untuk kepentingan bersama.

STATUS KEWANGAN

Sebelum memulakan kehidupan berumah tangga, pastikan anda berkongsi status kewangan dengan pasangan dan juga sebaliknya. Ini akan memudahkan anda meneliti dan menguruskan kesemua komitmen yang ada bersama. Komitmen-komitmen ini termasuk, pinjaman pendidikan, ansuran kad kredit, dan kewajipan yang lain seperti wang nafkah anak atau pinjaman peribadi. Walaupun mungkin anda berasa tidak selesa untuk berkongsi maklumat seperti ini, lebih baik anda bersikap jujur dengan segala komitmen kewangan agar anda berdua tidak dikejutkan dengan hutang tambahan/beban kewangan kelak.

Perlu diingatkan bahawa ia bukan sahaja memberi kesan kepada anda sahaja tetapi kebolehan anda berdua untuk membuat penggabungan komitmen kewangan bersama, seperti membeli rumah pertama.

KESERASIAN DARI SEGI KEWANGAN

Apabila berkait soal cinta, ramai di antara kita mengharapkan pasangan yang ‘sempurna’. Ini termasuk sempurna dari segi keserasian mahupun berkongsi nilai yang sama. Tetapi jarang sekali kita mempertimbangkan soal keserasian dari segi kewangan. Tanpa kita sedari, ianya memberi impak yang besar dalam setiap keputusan kewangan yang kita lakukan. Sebagai contoh, adakah lebih baik untuk anda menyewa sahaja atau membeli rumah pertama?

Adakah cukup sekadar mempunyai sebuah kereta untuk keluarga anda? Apakah yang perlu dilakukan untuk memastikan anda bersara dengan selesa? Perkara-perkara seperti ini perlu diambil kira dalam merancang kewangan keluarga anda. Jika anda dan pasangan tidak senada, pastinya akan lebih sukar. Kerana itu, mencari pasangan yang serasi bukan hanya atas dasar kedudukan kewangan yang setara, tetapi juga mengambil kira faktor kesefahaman dan keserasian dalam pengurusan wang.

WAKTU KECEMASAN

Satu lagi persoalan penting yang perlu difikirkan adalah – Apakah yang akan terjadi jika berlaku sesuatu yang tidak diingini seperti kehilangan pekerjaan. ahli keluarga jatuh sakit, bencana alam atau perlu menanggung kos yang besar akibat kerosakan kereta atau rumah? Jika anda perlu mencari wang lebihan untuk sesuatu yang tidak dijangka. Adakah anda bersedia untuk bekerja sambilan atau bersedia untuk menjual/mencairkan aset bersama? Perkara ini juga amat penting untuk dibincangkan bersama pasangan bagi mempersiapkan diri apabila berhadapan masalah seperti ini.

Di sinilah keperluan untuk menilai pelbagai jaminan kewangan seperti pelan takaful atau pelan berkaitan pelaburan demi kehidupan yang lebih bermakna. Perlindungan Hayat PruBSN Aspirasi oleh Prudential Penyelesaian takaful untuk menjamin masa depan anda dari segi simpanan, pelaburan dan perlindungan, semua dalam satu pelan. Dengan PruBSN Aspirasi, anda akan dapat merancang dan menguruskan kewangan anda secara strategik. Apa yang anda perlu lakukan ialah menilai keupayaan kewangan semasa anda supaya anda dapat memastikan bahawa pada penghujung hari nanti, anda mempunyai dana yang kukuh untuk aspirasi kehidupan anda.

Kesimpulannya, perkahwinan adalah usaha bersama dan anda berdua mesti berganding bahu untuk memikirkan cara dan mencari jalan untuk mencapai matlamat hidup yang stabil dan selesa bersama. Saling bekerjasama dan jujur dalam menguruskan kewangan juga sangat penting. Walaupun agak sukar, tetapi memilih untuk membawa haluan sendiri bukanlah tindakan yang bijak untuk merosakkan mahligai yang telah dibina.

Share this story

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Get FREE Quotation

Free review policy & quotation